mukhrizlatif?siapa tuh?

By: mukhrizlatif wedding photographer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 10-Oct-2007 00:39 Email | Share | | Bookmark
diari ramadhan 15 - akhir

 

episod last hari nih..so aku malas nak menaip emo2..normal mood jek ok
10 Oktober 2007
01:40 a.m

satu benda buat aku happy tahun nih..sebab dah bertahun2 aku xdapat benda nih. Nak tahu apa dia? tahun nih aku dapat kad raya. hahaha..dan yang paling best aku tak tahu pun daripada siapa..Secret Admirer kot..ahha. So disebabkan tahun nih just satu kad jek aku dapat..aku akan highlight kat sini. Cuma sayang xde gambar yang boleh aku snap sebab aku xde kamera nak shoot[rujuk diari ramadhan yg lepas]..Yang pasti ada alamat yg tertera..

"TETUAN RAJA JUWAIRAH & PARTNERS
Peguambela & Peguamcara
No 21-1-1, Tingkat 1, Jalan medan PB 1A,
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor"

Thanx sangat pada pengirimnya..ada 2 signature kat situ. If owner kad nih ada baca diari nih..buzz2 lar kat hp atau YM..ehhe..xsempat nak balas. Sebab alamat nih ke opis CS. Nih pun baru jek collect masa pegi CS kelmarin.Thanx again.

malam tadi semua CS TEAM + beberapa lagi yg backup masa Merdeka Raksasa berkumpul kat Restoran Nelayan, Tasek Titiwangsa untuk Majlis buka puasa. Aku sampai agak lambat. Last minute boleh ada kerja urgent plak nak kena setel kan kat opis. So terpaksa lar berbuka ngan isap rokok kat dlm kereta. Lebeh kurang pukul 7:25 mlm baru aku sampai..terus belasah apa yg ada kat atas meja. Aku ingat aku sorang yg lambat..rupanya si Aini, Jay, Nizam, Belanda pun tak sampai lagi.

lepas makan kitaorang lepak borak sambil sakat si sapex ngan udey yang terkenal ngan sifat latah mereka. Memang xputus gelak..agaknya lebeh sket lagi aku confirm kena masuk hospital sebab terlebeh gelak. Pipi aku nih dah macam apa. Perut aku dah mula sakit2 akibat ketawa melampau. Memang tak tahan tengok latah sapex ngan udey. Yang lain makin sakan plak menyakat..Penat dia dorang tuh.kesian plak aku tengok..ehhe..jangan marah eh..Semalam dah mintak maaf kan..kosong2 k..

lepas nih fp nih akan penuh ngan gambar semula. Sebab lepas raya nih pack balik jadual aku menembak. InsyaAllah aku akan bg yg terbaik kat sini. Hope korang semua sentiasa menyokong aku. Pada client yg dah booking aku tuh..kita jumpa nanti[siap ar korang]ehhe. Pada yg belum booking..cepat2 call aku..sebelum korang terlambat. Menyesal nanti.

Aku bercuti seminggu start hari jumaat. Aku akan balik ke Melaka rumah arwah atuk ngan nenek aku. Hampir tiap2 tahun aku raya kat sini. Walaupun aku tak pernah jumpa arwah atuk ngan nenek..Aku tetap ingat kat diaorang. InsyaAllah tahun nih aku akan menjengah 'rumah' dorang dan buat apa yg patut. Bagi sesiapa yg ada kat Melaka tuh contact2 ar. manatau boleh ngeteh sekali. Kampung aku kat Alor Gajah. daerah je Alor Gajah tapi sempadan Tampin..Kg Tg Rimau Dalam. Kira tampin lagi dekat ar dengan kampung aku. Raya kedua nanti baru aku balik JB. Konvoi ramai2 ngan abang dan ayah aku. Selalunya kitaorg akan buat road tour singah Bandar Melaka, Muar, Batu Pahat, Simpang Renggam. Banyak sedara mara kat belah2 situ. Tuh pun kalau aku rajin drive..kalau malas aku directterus jek ke JB. Tak tahu lagi..tengok ar cemana.


Kat sini..aku nak ucap terima kaseh sangat2 kat korang yang mengikuti diari nih. Terutama adi nang..dia yg rajin baca diari aku kot..sebab semua yang aku tulis dia tau. Bila jumpa jek..dia akan repeat apa yang aku cerita kat diari nih. Pastu seboleh2 dia suruh aku menulis pasal dia. "ko tulis ar pasal aku..tulis baik2 tau" siap pesan cam tuh lagi..haha..Dia nih mentor aku masa aku berjinak2 dengan kamera. Kalau aku xkenal dia mungkin aku xde kat CS skang nih. Dia juga seorang yg chubby tetapi handsome[ye ke?]. Maseh mencari2 kekasih hati yang sesuai. Siapa yang berkenan tuh..try hantar resume kat dia..hahaha...kan aku dah start melalut. ko nak sangat kan adi. Oklah..di kesempatan ini..pada semua yg ada terasa hati ngan aku, tersinggung ngan kata2 aku, aku termengumpat ke, tercuri, terpukul, terkutuk, ter'ehem2'[hahaha], ter'usha',ter apa2 jek lah..aku mintak maaf sangat2. Hope korang maafkan..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Batin..Jumpa lepas raya nanti ok..daa...

ML
02:10 a.m



Tuesday, 9-Oct-2007 01:05 Email | Share | | Bookmark
Cepat sebelum terlambat!

10 Sebab Kenapa Pilih CS

Dari feedback seorang customer melalui emailnya

Saya pilih CS kerana

1. Jurugambar CS di latih secara professional oleh Saiful Nang
2. Skill jurugambar yang menyeluruh dari segi artistik dan juga PR
3. Mudah berurusan dengan CS
4. Sistem pemprosesan yang sistematik dengan "update progress" yang kerap (Takdelah tertanya2, album bila nak siap)
5. Proses penyediaan album yang dilakukan oleh "Professional Designer" yang juga photographer yang pasti mempunya "taste" yang seiring dengan photography.
6. Kami ada contract yang proper yang meyakinkan kami untuk berbelanja besar kerana semua "janji" mereka ada dalam dokumen kontrak.
7. Mudah nak bayar, pakai check boleh, cash boleh, bank-in boleh, wire transfer boleh, maybank2u boleh, Mastercard, Visa Card semuanya pun boleh.
8. Layanan mesra dan professional jurugambar dan crew2 CS di lokasi dan juga pejabat.
9. Pendedahan Antarabangsa kepada semua jurugambar2 CS meyakinkan kami CS TAK AKAN buat hal (Kalau Raja pun yakin, siapa lah kita pacal yang hina ini heheheh)
10. Tahap profesionalism CS yang tinggi tetapi masih tidak melupakan golongan kurang mampu untuk memiliki memori perkahwinan rakaman jurugambar2 CS. Sebab itu CS menawarkan pakej mampu bayar sebanyak RM1480 (Sebelum ni ingat harga mesti 3-4 ribu, tapi sekali tengok RM1480 terus ambik, walaupun bukan SN yang ambil tapi jurugambar2 SN juga sangat berkebolehan)

Daripada saya ambil orang lain yang tak tentu service nya bagaimana, saya tak menyesal booking CS dan team mereka untuk wedding saya. Album dan gambar saya walaupun hanya di kampung2 biasa, tapi hasilnya LUAR BIASA HEBAT. Walaupun hanya sentuhan jurugambar2 SN (Bukan SN sendiri). Tapi cukup puas hati

Puan X dan En. Y
Klang
(Telah di edit sedikit daripada text asal)

10 Kriteria Pemilihan Jurugambar CS
Ini antara kriteria2 pemilihan untuk jadi jurugambar CS yang saya ada dalam penilaian saya.

1. Minat mesti mendalam
2. Disiplin diri (Minat yang mendalam akan menguatkan disiplin peribadi terhadap kerja)
3. Berpendirian (Tidak mudah dipengaruhi oleh anasir luar)
4. Muda dan Suka cabaran
5. Sabar dengan ujian dan "Tahan Maki" (Critic Session mingguan kami mmg pedih telinga)
6. Jujur dengan Kerjaya
7. Sihat Tubuh Badan
8. PR Skill kepada semua golongan
9. Kreatif
10. Setia dan mengenang budi.

Itulah antara resipi mengapa team CS boleh tahan dengan apa jua cabaran dan berapa besar pun event yang diberikan. Dengan teamwork yang bagus, cabaran yang mustahil bagi kebanyakan photographer tapi pada kami...ia tidak mustahil.

p/s : fowarded entry from http://saifulnang.fotopages.com

semalam aku terima satu SMS dpd seorang client..

"ala..frust!! i dah jatuh cinta ngan u nye arts..xdapat plak!"

hurmm..tuh lar..lain kali jangan lambat2..selalunya bila nak buat majlis..photographer mesti diletakkan kat tempat paling akhir. Bila semua dah setel..baru nak mencari photogapher ikut bajet yg ada. Padahal..gambar2 tuh yang akan jadi memori kita zaman berzaman...So untuk korang kat luar sana yg belum ada photographer untuk majlis2 korang..better ambil tindakan sekarang.. Sebelum terlambat..ehhe..

Mukhriz Latif
Senior Photographer
Candid Syndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel : 016-3149596
mukhrizlatif@yahoo.com
http://www.mukhrizlatif.com

YM : warghhhhhhh

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for "Merdeka Raksasa" in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government









Monday, 8-Oct-2007 00:39 Email | Share | | Bookmark
diari ramadhan 14

 
08hb Oktober 2007
02:45 a.m

"tanpa kusedari..air mata ku mengalir..terdengar ayat suci..seruan takbirrrr" Lagu raya berkumandang dicorong radio saat nih. Aku tumpukan perhatian pada pemanduan sambil singalong sekali. Iyan dah nyenyak tido kat belakang. Tinggal syahrulfikri yg maseh setia teman aku kat sebelah. "tak banyak kereta malam nih.." Aku cakap sorang2. Sekali sekala aku ngan syahrulfikri borak2 pasal trip kitaorang ke singapore semalam. Memang best. Geng2 lomotion singapore layan kitaorg dengan baik. Happy gila semuanya. Thanx a lots kat Lut aka Killergerbill and the geng sebab bawak kitaorang jalan2. Haji Lane memang cool beb! Semua geng lomo malaysia seronok gila bila sampai sini. "perghhh..best gila.." "cool siot!!" tuh yg kedengaran bila kitaorg mula masuk Lorong Haji nih. Tempat dia kalau kat malaysia nih macam Jonker street..cuma kat sini tak sesak..aman damai jek. Lagi cool senag cerita.

jarum meter kereta aku dah cecah 150km/jam. Maknanya aku dah langgar had laju dan berisiko untuk kena speed trap. Aku buat tak tau jek sambil mengharap semua polis pergi sembahyang terawikh. Suasana masa tuh sunyi. Takde view menarek langsung kecuali lampu2 kereta dari jalan bertentangan. Jalan dpd Yong Peng nak ke Pagoh memang boring..semua layan perasaan masing2. Tiba2..aku mula teringatkan sesuatu. "F**k!"aku menjerit carut sampai iyan yg tengah nyenyak tido bangun terpinga2. "beg kamera tertinggal s**l....Arghhhhh!!!"Aku sambung jerit.."perghhhhh!!" semua sekali jerit bila sedar yang semua gambar2 kat singapore dalam tuh. Punyalah besar beg tuh..aku boleh tak ingat langsung. Hampeh betul! Naseb baik tinggal kat rumah..kalau tempat lain..tak tahu ar.

Aku call rumah..Tak berjawab. "mana plak dorang nih!" aku merungut2. Call hp ayah aku..tak berjawab gak. Aku makin tension. Cubaan terahir..hp adek aku jadi mangsa..kalau tak berjawab gak memang aku patah balik. Walaupun aku tau tuh kerja gila. Yelah dah sejam perjalanan. "kat jusco ar" adek aku bg alasan.."patut pun tak angkat" Rupa2nya lepas aku keluar rumah tadi family aku dah plan nak pegi shopping. Yelah..anak2 Soleh nih dah bagi duet raya awal.hahaha! "nanti balik message!Ada barang tinggal..nak suruh pos esok" aku terus letak phone..

Aku call adek aku lepas dapat missed call dpd dia. Mak aku yg jawab..Belum sempat aku cakap apa2..aku dengar suara mak aku "mana boleh pos..besar nih..mahal". Apalah mak aku nih. Tak bagi salam main serbu jek..ehhe.."dah2, pass kat azza". Aku bagi direction nak bukak beg tuh..sebab beg tuh agak complicated. Suruh dia keluar kan body camera..pastu keluarkan memory card. "ha..post yang tuh jek" "lar..kecik jek..mak ingat satu beg" aku gelak kuat..hahaha.

Hope..memory card tuh selamat sampai kat aku lusa..boleh aku share sket gambar lomo trip ke singapore kat sini. InsyaALLAH! Untuk yang join trip..dpd LomokidS Malaysia - iyan, reza, dellia, laksa..LomoAsia Malaysia - syahrulfikri, jerremy ngan bibie..trip memang best walaupun penat berpuasa. Puasa ke??? Untuk Lomotion Singapore - Happy 1st aniversarry! Thanx a lots..korang memang GEREK! serius SIAK! aku tak BEDEK!hahaha!

Mukhriz Latif
03:10 a.m




Friday, 5-Oct-2007 00:27 Email | Share | | Bookmark
diari ramadhan 13

 



05hb Oktober 2007
01:34 a.m

yuhuuu...!!!Minggu nih aku balik jb. InsyaALLAH kalau ikut plan esok aku akan masuk singapore sebab nak pegi satu exhibition lomo kat sana.."tikam-tikam". Aku gerak gerak dpd kl 2 kereta, 6 penumpang lepas buka nanti. 3 lagi memang stay kat jb..so total yg akan ke singapore 9 orang semuanya. Selalunya aku masuk singapore sebab nak bershopping..tapi kali nih aku nak try cari shot kat sana. Tak kira ar lomography atau photography. Aku nak dapatkan hasel terbaik. Maybe next week lepas aku balik nanti..boleh ar aku Share sket shot kat sini. Apa2 pun doakan perjalanan aku selamat pergi dan balik. Pasal pegi singapore nih aku tak excited sangat..Aku lebeh excited sebab dapat hilangkan kempunan aku.."kathira abu bakar!"..yeah! awal2 lagi aku dah pesan kat ayah aku suruh belikan air tuh..aku nak minum malam nih gak bila sampai jb nanti. Memang tak leh tahan beb. Haritu cerita pasal air nih masuk MHI kat TV3. Terliur jek aku tengok. Cerita pasal air nih..aku teringat aku kat satu kes nih..

satu perbualan di YM
sipulan : hye!
aku : uit
sipulan : awak..saya dah minum dah air kathira tuh..air dia warna hijau kan
aku : ye ke? kamu pegi jb ke?
sipulan : tak sedap ar..tawar jek..sebungkus rm 2 plak tuh..
aku : beli kat mana?
sipulan : kat bazar ramadhan ar..setiawangsa
aku : [sambil senyum,walaupun dia xnampak]tuh bukan kathira abu bakar..tuh kathira bakar abu.. =))

bukan sorang dua..banyak plak tuh yg buzz aku. Semua kes lebeh kurang jek. Geli hati aku. Lepas aku highlight pasal air nih..ramai yg pegi cari. Cari kat KL plak tuh..memang ar tak jumpa. Sebab dia jual kat JB ngan singapore jek. Singapore pon just kat woodlands..ehhe..Kalau kat KL nih tak ori ar. Nanti bila ada rezeki ke JB time bulan puasa..carilah ye. Tapi ingat "Kathira Abu Bakar"..BUKAN kathira bakar abu..ahaha.

Mukhriz Latif
01:59 a.m


Thursday, 4-Oct-2007 00:57 Email | Share | | Bookmark
diari ramadhan 12

 
04hb Oktober 2007
04:37 a.m

alhamdulillah..aku baru jek selesai bersahur. Kali nih aku sahur sorang2 jek. Yang lain semua tengah nyenyak tido. Malas aku nak kacau. "Dah sahur agaknya". Aku mula layan perasaan ..berangan2 pasal raya. Setiap tahun sama jek. Aku tak excited sangat. Dah berapa tahun aku tak buat baju raya. Pakai apa yang ada jek. Kadang2 pegi raya dengan kain pelikat jek. Dah macam pegi terawikh pun ada. Tiap2 tahun gak aku akan dengar bebelan mak aku. "Ala mak..kita kena amalkan hidup bersederhana" itu jek ar jawapan aku untuk selamatkan diri. Rupa2nya tak selamat jugak "yang ko beli jeans, t-shirt sampai beratus2 tuh apa? sederhana?" masa tuh confirm aku dah hilang tah kemana.

Tadi aku berbuka kat Restoran Basil Leaf dengan ex-client aku, Fifi&husband serta geng2 dia, Salwa ngan Elly. Dulu CS pernah shoot kat sini..so aku tau ar sket2 pasal restoran nih. Cuma sayang aku tak bawak kamera. Pagi2 masa nak pegi keje aku kelam kabut sampai lupa pasal nak berbuka ngan fifi. Tuh yg aku tk bawak kamera tuh..Rugi betul. Memang best gila kat sini..tenang jek. Lagi best bila ada orang belanja..hahaha..thanx sangat kat Fifi n the geng sebab ajak aku berbuka sama2. Kira hadiah birthday la eh. Aku tak datang sorang..tapi bawak adik aku. Sebab birthday kitaorg kan selang sehari..so sekali harung ar kan. Next time belanja lah lagi ok. hahaha..

p/s : pic by adinang

Mukhriz Latif
05:01 a.m


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net