mukhrizlatif?siapa tuh?

By: mukhrizlatif wedding photographer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 3-Oct-2007 00:29 Email | Share | | Bookmark
PROMO - Get this Year price for Next Year!


Ladies & Gentlemen! early this year we did a promo for RM1080 for all my senior photographers. They were new in wedding early this year. Due to overwhelming demand by the market, they already set the next tune to RM1480 since May 2007. Still they have LOADS of respond from customers that want to go FOR A PERFECT picture for their wedding.

NOW, they plan to set their next stop (In another words...nak naik harga lagi). So, this will be the last promo for them at RM1480 price. NO HIDDEN COST! come and see it with your naked eyes our Exclusive Album (Only for CS customers) and few things in our galleries. No obligation in taking or not.

Better HURRY to reserve their dates. For those looking for our NOVEMBER & DECEMBER, do it soon, we only have less than 20% vacancy for both months. This are few simple steps to book the RM1480 package;

1. Call and check the availibility of dates
2. If the dates are still available, then set an appointment for Product Preview
3. Preview session and booking by paying 30% deposit.
4. Your date then secured (Nobody can overwrite it)

Move now and get our experience & Professional Photographers to cover your most memorable day in your life. Because your wedding is very special!

Mukhriz Latif aka m0qh
Senior Photographer
Candid Syndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 016-3149596
mukhrizlatif@yahoo.com
http://www.mukhrizlatif.com
YM : warghhhhhhh


The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for "Merdeka Raksasa" in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

diari ramdhan 12

hujan lebat!xdapat siaran!


ML


Tuesday, 2-Oct-2007 00:40 Email | Share | | Bookmark
diari ramadhan 11

 
01hb Oktober 2007
00:14 a.m

masuk harini dah 4 hari straight aku buka dekat fast food. Sabtu..ngan geng2 lomo kat pizza hut. Ahad ngan ex-Teknik Kuantan kat burger king. Hari nih plak makan KFC kat rumah ikea..haha..tapau makan kat rumah. Kebarangkalian untuk peningkatan berat badan memang tinggi..terutama perut nih. Tapi rasanya leh maintain lagi kot. Makan besar jek aku nih..

Sabtu

Aku bangun pukul 12 lebeh selepas tak berjaya lelapkan mata malam semalamnya. Celik jek mata aku capai towel dan terus mandi. Siap lebeh kurang aku terus gerak KLCC. Aku ada Majlis berbuka dengan geng2 lomokidS. Aku sampai agak awal dpd waktu yg dijanjikan..so aku bat keputusan untuk jalan2 dulu..Tengah jalan2 tuh ada satu awek cun tegur aku[nih bukan mimpi eh]. "mukhriz!". Aku toleh kiri kanan..tengok sorang awek tengah posing baik.."macam kenal" hatiku berbisik. "hye!..U buat apa kat sini..?"Aku gamble..sedangkan aku xsure dengan siapa aku bercakap. "part time..weekend" lembut dia menjawab. Dengan yakin aku rasa aku dah mula mengingatinya..yup knysa..salah sorang klien CS yang aku pernah shoot."Album dah dapat?" aku ringan mulut bertanya. "uik..dah lama dah..dah bertahun dah" "alamak!" tekaan aku salah..tapi aku sempat cover..cepat2 aku tanya soalan lain..masa borak tuh baru aku ingat yg awek cun kat depan aku nih ialah Farah..Klien aku masa awal tahun nih..Cis! Malu aku. Muka dorang nih cam sama jek. Naseb baik aku xkantoi..Sebelum minta diri tuh..aku minta sampaikan salam pada tunang dia, angah. Konfiden aku masa nih..hahaha..Tapi serius beb..muka si farah ngan knysa nih lebeh kurang jek..haha..tak caya tengok entry yg aku post untuk diaorg.

Aku masuk satu kedai pakaian. Belek punya belek..berkenan plak kat satu jeans nih. Lepas aku bergaya kat fitting room aku buat keputusan untuk beli. Tuh pun lepas aku pikir bajet yang aku buat mmg ngam2. Habis terbang duit aku.
"Dapat aku selai jeans baru raya tahun nih" Aku happy..

On the way balik rumah baru aku perasanyg kete aku xservis lagi..angka kat meter dah terlebeh dpd angka yg apek tempat aku servis kete dulu tulis. Arghhh..akustart tension!

ahad

Aku bangun awal untuk setelkan kereta. Hantar masuk hospital untuk check tahap kesihatan kereta aku. Xsenang duduk aku..kejap2 towkey bengkel panggil tunjuk rosak sana sini..Masa nih baru perasan..duit yg sepatutnya aku setelkan kereta aku dah guna beli jeans semalam. Serabut otak jap. Aku buat macam xde pape untuk tenangkan otak yg tengah berselirat. Dalam wallet ada rm 4 jek nih. Terpaksa aku cucuk duit lagi nak cover semua. Naseb baik ada org belanja makan kat burger king time buka dengan duit parking sekali. Selamat aku!hahaha

moral :
1. Better tanya kalau tak tau
2. gunakan ar duit yang kita ada sebaiknya..ahaha

p/s : diari ramadhan nih akan ditamatkan pada episod yg ke 15

Mukhriz Latif
00:41 a.m




Monday, 1-Oct-2007 00:38 Email | Share | | Bookmark
diari ramadhan 10

 
30hb September 2007
00:30 a.m

Aku capai gitar yg agak lama tersandar kat dinding di salah satu penjuru sudut rumah. Aku cuba mengambil posisi sebaik mungkin. Gaya aku masa tuh ala2 sham kamikaze yg tengah handle band masa final AF. Aku mulakan petikan pertama.."teng..teng" sumbang..Aku cuba betulkan tune yg lari dan memetik semula. yeah,aku berjaya. Aku cuba mengingati chord sebuah lagu lama. "arghhhh..lupa lah pulak" aku merungut dalam hati. Sambil memetik2 gitar tuh..Aku layan 'bang2 boom' kat TV 3! Gelak guling2 aku. Best plak rancangan nih. Tangan aku maseh memetik 6 tali gitar mencari lagu 'keramat' tu.

Selepas pencarian yg agak lama..akhirnya aku berjaya..Jam menunjukkan tepat pukul 12 malam..Aku menunggu masa. Masa yg berharga buat aku. Selepas seminit berlalu aku mula mainkan lagu tadi. Tiba2 entah suara dari mana datang mengiringi petikan gitar aku. Aku mula cemas. Bulu roma aku dah mula menegang. Gitar dah mula terlepas dari pegangan..Suara tuh kedengaran makin kuat. Fikiran aku mula tak menentu. Suara tersebut makin bermain digegendang telinga nih..Aku amati betul2 liriknya..
"happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday to mukhrizlatif...
happy birthday to you.."

hah..korang apa lagi..singalong ar sekali..ehhe!

100% cerita nih aku reka..siapa suruh korang baca..wakaka!

Fakta :
1.Hadiah birthday aku dah dapat 3minggu sebelum birthday
2.Adinang wish happy birthday kat aku sambil suruh aku highlight kat diari nih.
3.Aku ada kawan2 yg sederet sambut birthday bermula 30 sept hingga 4 okt.
4.Semakin banyak plak iklan kat sini..haih!

Mukhriz Latif
00:43 a.m


Friday, 28-Sep-2007 00:34 Email | Share | | Bookmark
diari ramadhan 9

 
27hb September 2007
23:16 p.m

balik kerja, aku memandu pulang. Dengan gaya seorang pelumba professional aku mencelah2 dijalan raya dengan harapan aku sampai awal kat rumah. Aku berjaya..tengok jam baru pukul 6.20pm. "diari ramadhan rafique belum start lagi..yes! "aku bersorak keriangan. Sejak awal puasa haritu aku layan cite nih. Padahal aku dah tengok dah pun last year. Tapi saja nak kasi ingat balik sebab season 2 akan keluar minggu depan. Aku suka gila tengok gaya si maisarah yg petah bercakap tuh..huhu..Memang layan cite nih. Dan aku akan make sure aku tak akan missed pun satu episod season 2 tuh nanti.

juadah berbuka aku hari ini agak simple..roti jala dan juga kuih buah melaka. Aku beli masa singgah bazar ramadhan on the way nak balik rumah tadi. Hari ini aku buka berdua dengan adik aku ala2 candle light dinner. Duduk berdepan2 lagi. Aji balik lambat. Katanya banyak kerja kat opis. "hahaha..padan muka ko!asek ponteng jek" aku gelakkan dia dalam hati. Lepas berbuka aku mandi dan buat apa2 yang patut.

agak bosan malam ni. Siaran TV tak banyak yg memenuhi citarasa. Aku baring atas katil sambil merenung ke siling. Lagi 4 hari aku akan menyambut hari jadi aku yang ke 26. Dah besar dah aku. Sepatutnya usia macam nih aku dah matang..tapi aku punya perangai tak berubah2. Kalau siapa yang kenal aku maybe tahu aku nih jenis yg macam mana. Tak silap aku la, dah 3 tahun birthday aku jatuh pada bulan puasa. Dia suruh aku banyak beramal agaknya. Alhamdulillah..

dulu aku selalu celebrate. Sebab kawan2 aku banyak sambut birthday bulan nih gak. Adik aku sendiri pun just selang sehari jek dengan aku. Dan yg paling best ada yg sederet sampai 5 hari berturut2. Tapi skang nih dah takde lagi dah celebrate2 nih. Dah besar kononnya. Bulan puasa plak tuh. Celebrate berterawikh sama2 jek kot. Itupun kalau buat lah.

Tahun nih aku ada azam. Aku nak series dalam photography. Dan kemungkinan aku akan buat satu keputusan berani mati. Aku nak berenti keje kot lepas raya nih. Tapi tak sure lagi. Aku pun tak tahu. Tapi kalau kita tak buat kita tak tahu apa akan jadi masa akan datang. Mana tahu luck aku baik. Leh potong SN. hahaha..Kalau luck aku baik ar. Kalau tak? Sendiri tanggung. Ntah lar.. tengok ar nanti cemana..malas aku nak pikir2..yang aku tau skang nih..harini gaji masuk..yeay!!!

oh ya!buat lomokiddos semua..jumpa esok di majlis berbuka puasa lomokidS di KLCC. Korang semua kalau nak datang pon ok gak..makan sendiri2..lepak sama2!


Mukhriz Latif
00:09 a.m [28hb September 2007]


Wednesday, 26-Sep-2007 18:25 Email | Share | | Bookmark
diari ramadhan 8

 
 
 
View all 6 photos...
26 September 2007
11.08 p.m

aku memandu tenang sambil layan lagu erika namba dari novellea. fuh..memang melayang lagu nih. Satu2nya band post rock daripada jb. Sambil2 tuh aku singalong sekali untuk hilangkan boring. "lebeh kurang jek suara aku ngan dia" aku perasan kejap.hahaha!

akhirnya aku sampai ke destinasi. Rumah member aku menjadi port aku malam nih. Ada kerja sket nak buat. Rumah dia ada internet..senang sket aku nak buat keje. Sebab dah lama tak jumpa..so kitaorang borak2 kosong dulu. Roti manis ada chocolate chip kat atasnya ngan air tebu menjadi hidangan kami. Sambil2 tuh aku layan cite 'kami' yang baru start. Lawa plak awek2 dalam citer nih. Geram jek.haha..ngam2 habes jek..aku bukak note book untuk mulakan tugasan.

argghhhh...tensi! note book aku buat hal..tetiba jek..tak leh nak search internet. IE ngan firefox tak boleh masuk. Rasa nak baling ke dinding pun ada. Tapi bila aku pikir2 balik yg aku beli note book ni pakai duit yang aku kumpul bagai nak gila..aku batalkan niat aku tadi. Tertekan plak aku. Satu page pon tak boleh bukak. huh!!!

aku cuba tenangkan fikiran dengan berYM. Bila on YM..tak ramai plak yang online..bertambah tensi aku dibuat nye..Habes semua orang aku buzz. Satu dua jek yang reply. Itupun busy..Aku batalkan niat aku nak kacau diaorang. Sementara nak tunggu member aku download antivirus..aku godeh2 note book nih..Baru aku teringat aku ada menyebuk2 masa SN buat practical outdoor shoot untuk crash course dia kat putrajaya last week. Aku belek2 gambar. Tarik masuk photoshop dan mula mengedit..




Tak banyak aku shoot rupanya..adaberapa keping jek..Jadi ar untuk tatapan korang semua. Nih jek shot terbaik aku. Masa tu..dekat 30 photog ada. So aku terpaksa ar bersaing untuk dapatkan angle2 terbaik. Lagi pun aku bukannya bayar..bagi can kat orang yang bayar shoot lebih sket. Marah plak dorang nanti. Model dia plak..pasangan yg aku pernah shoot dulu..iaitu Rizal ngan Idora. So si idora nih rajin ar senyum bila aku tala lens kat dia..ehehe..

aku dah siap edit. Tapi note book aku maseh tak ok..aku makin pening. Sekali lagi rasa nak baling note book nih ke dinding. arghhhhhhh....!!!!! Aku menjerit. Member aku kat sebelah suruh aku sabar.."ko pakai mac boleh ar" aku merungut dalam hati. dah tak tau nak buat apa lagi. Roti dah habis..air dah bergelas2..rokok dah berbatang2 aku sedut..huh..aku tensi..last2 aku fedup..aku klik start button..dan log off..setel!

Mukhriz Latif
02:28 a.m [ 27 September 2007]


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net