mukhrizlatif?siapa tuh?

By: mukhrizlatif wedding photographer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 26-Sep-2007 00:51 Email | Share | | Bookmark
diari ramdhan 7

25hb September 2007
02:50 a.m

aku tak berapa sihat harini. Lepas berbuka tadi..badan aku dah mula sengal2. Memang rasa tak selesa..selsema dah mula menyerang bertubi2. Batuk dah mula serasi dengan tekak. Ubat plak takde dan akhirnya aku tewas...zzzzzzZZzzz

Aku tersedar pukul 02.10 pagi. Itupun lepas bunyi hp aku yg tak reti nak senyap. hp aku nih jenis kalau orang sms atau miscalled tapi aku tak baca..dia akan berbunyi sampai kita baca/tengok. Kalau tak kerana bunyi hp tuh..mungkin aku tak sedar langsung.

aku basuh muka dengan air paip kat sinki..segar sket rasanya..aku masuk bilik semula dan bukak lap top. Sambil2 tuh aku selak paper kosmo yg tak smpat aku baca tadi..terpandang satu berita mengenai adek nurin..aku mula pilu..aku terus membacanya...



Al-Fatihah buat arwah adik Nurin

Aku rasa semua orang tahu cerita pasal ni kan. Memang tak berhati perut pembunuh tuh. Tak tau apa nak kata lar. Aku yang brutal2 nih pun sedih..lagi kan family dia. Hope family arwah dapat bersabar dengan dugaan ni. Semuanya ujian daripada Allah. Allah lebih sayangkan dia..dan kita mesti redha dengan pemergiannya.

aku tak dapat nak spesifikasikan manusia yg buat kerja nih..Zalim tak ingat dunia. Kalau dia ada sakit mental sekalipun..tak akan lah dia sezalim tuh.

Buat pembunuh tuh..hidup ko tak akan selamat! Kalaulah ko baca apa yang aku tulis nih..Baik ko pegi serah diri. At least ko sempat nak bertaubat sebelum hukuman gantung yg ko akan terima nanti. Dan kalau aku jumpa ko..aku akan siat2 kulit ko pastu biarkan ko mati dengan pelan2. Biar ko rasa seksa. Bukan aku jek..aku rasa orang lain pun akan buat benda yg sama cam aku. Mungkin lagi teruk.

cacian, makian, kutukan terhadap perbuatan ko nih tak akan habes selagi ko tak kena tangkap. Ko bayangkan semua rakyat Malaysia nih doakan yang tak baik untuk ko..tak payah bayangkan aku rasa..memang kenyataan pun..ko akan kantoi satu hari nanti. Ko pernah dengar pepatah melayu? "Sepandai2 tupai melompat.." ko sambung lah sendiri..jaga ko..hidup ko tak akan aman!

Mukhriz Latif
03:15 a.m


Tuesday, 25-Sep-2007 00:29 Email | Share | | Bookmark
diari ramadhan 6

 
24 September 2007
00:55 a.m

macam mimpi..ada sorang awek say hye kat aku..cun plak tuh..dia punya mata..fuh..boleh gugur jantung nih. "Nama sapa ek?" Aku mula cucuk jarum. "Tasya" aduh merdunya suara!.."saya mukhriz" aku memeperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan. Dia menyambut lalu kitaorang bersalaman. Fuh..lembutnya tangan dia. Aku peratikan dari atas ke bawah.. perfect!! Memang tak puas tengok. Aku mengatur ayat untuk mulakan perbualan.."sorang je?" dan lepas tuh kami makin rancak berbual. Aku banyak bercerita sambil buat lawak sket2..Sambil2 tuh aku curi pandang kat muka dia. Masa dia senyum, terserlah lesung pipit dia. Aku makin cair. Tak tau nak cakap cemana. Memang gadis impian aku nih! Tengah borak2 tuh..hp dia berbunyi..tut..tut..



cis..memang mimpi rupanya..hampeh..rasa mcam nak sambung tido balik jek. Alarm hp aku rupanya! Aku tengok jam 6.45 pagi! malas betul nak bangun pagi tuh. Tapi memandangkan aku nak pegi course yang SN buat..terpaksa aku gagahkan jugak.

masa kat course tuh suma tumpukan perhatian. Semua tak nak terlepas rahsia2 yang telah buat SN berjaya. Ramai gak yang hadir aku tengok. Dan ramai gak kawan2 yg sebelum nih aku just dengar nama kat forum..just ber YM jek, join course nih. Dapat ar bertepuk tampar..berlaga pipi dengan dorang..hahaha.

Geng2 CS kat belakang plak dok buat bising. Main cucuk2 sapex ngan udey yg kuat melatah..tergelak semua orang.. hahaha..At least dapat segarkan suasana yang agak suram masa tuh. Separuh jalan..semua geng CS kat belakang dikerah untuk susun gambar2 merdeka kat dalam album. Tengok gambar2 merdeka tuh tersenyum aku. Memang cun2!!Bagi aku CS TEAM untuk Merdeka Raksasa memang dah buat something yg berharga. Bangga aku jadi salah sorang dpd dorang..Lepak lebeh kurang..aku terpaksa balik untuk prepare Majlis berbuka puasa company aku kat Kelab Tasek Putrajaya..

Majlis buka puasa nih anjuran company aku..so aku dipaksa hadir. Wajib kata office manager aku. "Awak jangan tak datang moqh..sapa yang nak amek gambar kitaorang nanti?" Lebeh kurang cam tuh lar ayat dia. Hampeh..ada udang di sebalik batu rupanya..cis!Tapi aku tak kisah sgt pun..nak2 opis aku ada jemput adek2 dpd sebuah rumah anak2 yatim Baitulumah kat Taman Ibu Kota.

Ramai yang datang. Klien2, sedara mara big boss, pegawai2 imigresen, family2 dorang, dan juga anak2 baitulmal tuh. Penuh gak ar Kelab Tasek malam tuh. Makan free kan..mesti ramai.

Hampir semua orang tegur aku malam tuh. Dorang ingat aku wartawan..haha..Mulalah aku buat sket marketing..cucuk jarum!!ehhe..ye ar..sebelum semua tak tahu aku nih photographer..Mana ar tau sangkut 2 3 jadi klien nanti..ehhe..



aku tengok adek2 nih happy sakan. Masa nih ar kot dorang banyak jemputan makan luar. Bulan puasa kan. Aku ada borak2 sket ngan dorang. Ada sorang tuh kuat bercerita..kecik jek budaknya
"saya bukan anak yatim bang..tapi mak ayah orang susah..mak hantar kitaorang kat sini.."
Aku tanya.."adek tak kisah ke duduk sini?"
dia balas.."nak buat cemana bang..nanti dok ngan mak..tak boleh pegi sekolah..saya nak belajar..nanti nak keje..nak senangkan keluarga saya"
sayu aku dengar..masa borak2 tuh pun dia mula tersedak2..aku tahu dia sedih ngan naseb dia..Aku buat lawak sket2 untuk happy kan dia balik..
"jom abang amek gambar adek..nak masuk surat khabar nih" Aku buat cerita tipu..
"surat khabar apa bang?"
"surat khabar lama!"
"kurang asam!"dia terus gelak besar

Mukhriz Latif
01:24 a.m



Monday, 24-Sep-2007 00:57 Email | Share | | Bookmark
diari ramadhan 5

 
23 September 2007
22.37 p.m

weekend kali nih hidup aku penuh dengan aktiviti. Start daripada lepas berbuka hari jumaat sampailah waktu aku menaip diari ramadhan 5 ni. lepas berbuka jumaat tuh aku cuba2 buat sibuk..cari keje untuk elakkan diri daripada bosan..aku kemas wardrobe aku..lipat baju..kemas meja..kemas beg kamera..aku keluar kan lens..dan masukkan semula..padahal semua tuh memang dah tersusun rapi pun. kalau ada orang tengok mesti orang cakap aku ni gila..ahaha ..naseb baik aku sorang2 dalam bilik masa tuh. Selepas tak berjaya untuk menyibukkan diri aku..aku mula bosan balik. Mula lah aku melangok..sambil2 tuh aku layan lagu "wahai lala" dendangan band "panas dalam". Dalam tak sengaja aku turut menyanyi sambil gelak bila sampai part lirik2 yg kelakar..haha..last2 aku terus capai telefon dan mula dail no telefon oat..

aku memandu kerumah oat menaiki kereta aku yg dah berkilat lepas aku mandikan kat carwash petang tadi. Daripada wangsa maju nak ke damansara..aku ikut jalan belakang..ikut MRR2. Walaupun aku tahu jalan tuh berisiko tinggi..tapi aku lalu jugak sebab nak jimat masa..senang sebab takde traffic light..cuma aku kena sediakan RM 1.60 untuk sedekah pada towkey tol kat sg pencala tuh..



Aku mula memasuki kawasan berbahaya yang aku sebut tadi. Risau gak aku kalau2 "decepticon" tuh dah mula cair..Tak pepasal jek nanti kereta aku bertukar jadi "bumble bee". Bila aku dah berada betul2 di kawasan batu caves..aku peratikan "decepticon gold" tuh maseh keras kat situ.."Alhamdulillah..aku selamat!" aku berbisik dalam hati. Aku meneruskan perjalanan ke rumah oat tanpa rasa takut lagi..lalala..

"Assalamulaikum!!"aku memberi salam bila aku betul2 berada depan pintu yg tercatat angka 19-09. Takde orang jawab pun mula2. Aku rasa betul rumah nih..Aku cuba say hello plak sambil mengetuk pintu rumah tuh dua tiga kali..Baru lah aku dengar ada orang menjawab di dalam..Oat bukak pintu sambil tersenyum2 kambing sambil menjemput aku masuk. Aku melangkah masuk sambil memberi salam semula sebelum ianya dijawab penuh oleh oat.

aku terperanjat!satu kejadian aneh dah berlaku kat rumah tuh!Aku menggosok mata berulang kali untuk pastikan yg aku tak silap. Ya..memang aku tak silap. Rupanya senyuman oat tadi memang ada makna. Aku dah agak..Patut pun dia beria2 suruh aku datang tadi. Akhirnya..aku berjaya..aku berjaya buat oat kemas bilik dia lepas aku highlight cerita dia hari tuh[rujuk diari ramadhan 3]. Baru aku dapat tangkap kenapa oat senyum kambing masa memula jemput aku masuk tadi. Oat maseh lagi senyum kambing lepas dapat ucap tahniah daripada aku. Dalam hati aku.."Aku berani bet 2 minggu jek nih..ehehe" Aku plak yang senyum kambing.

Kami bersahur di mc d damansara malam tuh. Oat cakap kat situ syurga. Port terbaik katanya! tah apa yg terbaik tah. Aku pun tak tau. Aku, Oat, Acit[housemate oat/geng aku gak] dan Bunian yang datang lepas tengok movie dengan awek mana tah memenuhi meja. Menu malam tuh untuk kami berempat sama jek. Double cheese burger medium set! + sunday coklat sebagai dessert. Sambil makan tuh..aku tengok pengunjung bersilih ganti..ramai gak yang bersahur kat situ..termasuk ar janda cun..Nur Aliah Lee..fuh..memang cun wa cakap lu! Tapii sayang..dia dah tak bertudung..so bukan taste aku..wakaka! Apa yang tak best nya malam tuh..awek2 yang datang kat situ cam duduk kat london. Pakaian..MasyaAllah..boleh juling mata nih. Tak tau ar apa nak jadi ngan dunia skang nih. Bukan aku nak sebuk2 nak jaga tepi kain dorang. Memang kubur lain2..cuma hormat lah sket bulan ramadhan nih. Memang kita puasa belah siang tapi malamnya tuh still bulan puasa gak. Aku pun bukan nya baik sangat..tapi kalau bab2 agama nih..kena ar serius sket. Macam mana lah kes rogol skang nih tak bersepah2. Nanti bila dah kena batang hidung sendiri..salahkan orang lain plak. Tah lar..malas aku nak campur..Dah kena baru nak sedar agaknya. "hurmm..anak muda skarang.."Aku berkata dalam hati sambil mengerling pada "wayang2" free yg terpampang depan mata. Segar sket mata nih..Ah..sudah..tak pepasal aku plak dapat dosa..

tepat pukul 3 pagi..aku paksa budak nih balik..besok aku kena bangun pagi..nak join course yg SN buat. Belah malamnya plak opis aku anjur majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim kat Kelab Tasek Putrajaya..maybe sok aku citer pasal mende2 nih..So jumpa esok ok..

Mukhriz Latif
23.09 p.m


Friday, 21-Sep-2007 00:48 Email | Share | | Bookmark
diari ramadhan 4 + Nizam&Ha, Reception

 
 
 
View all 50 photos...
21hb September 2007
02.17 a.m
diari ramadhan 4

aku capai kotak rokok..dan mulakan pembakaran..dengusan nafas aku berselang seli dengan hembusan asap rokok. "Alhamdulillah..setel gak"hatiku lega..wedding terakhir aku sebelum kedatangan bulan puasa dah aku setelkan.."esok dah boleh upload"..kesian dorang..tunggu lama sangat..nak buat macam mana..bulan puasa datang..terlalu banyak perkara yg banyak fadhilatnya bulan nih..tuh yg aku asek tertangguh jek. Yang penting aku janji ngan nizam minggu nih aku mesti upload..dan aku berjaya tunaikan..so lepas nih dah xde entry wedding lagi kat fp nih sampailah raya..



iklan sebentar - wedding - Shahrul Nizam + Siri Haryati
sedutan dari perbualan personal bersama ehem2..
"sok member kolej orang kawen"
"ye ke..orang ada wedding..sori ar xdapat nak folo"
"wedding kat ner?"
"kat KJ"
"KJ?"
"ha ah..kenapa"
"tah2 kawan orang tak..wedding kat dewan eh?"
aku mencapai jadual dan mencari venue.."dewan PKNS"
"betul ar tuh..kawan orang moon..nama dia nizam kan?"
aku peratikan nama pengantin.."shahrul nizam ngan siti hariati"
"confirm..!!kawan orang tuh..si moon!"sambil melompat2 keriangan..[agaknya lah]

kecik jek dunia..pusing2 member2 gak..huhu..sebelum event diaorang nih..aku kena cabar ngan bunian[junior]. Dia nak fight ngan aku sebab xpuas hati tengok entry Rizal ngan Idora yang aku snap..aku nih memang pantang dicabar. So aku terima cabaran dia dengan rela hati. Selain aku dan bunian..oat dan fizi[juga junior] turut hader untuk memeriahkan keadaan. Korang cuba bayangkan ada 4 photog yg bertungkus lumus demi memenangi cabaran bunian tuh walaupun ganjarannya bukan rumah banglo mahupun kereta sport..tapi hanyalah kebanggaan.

event nih berlangsung meriah diringi seorang penyanyi yang boleh klon macam suara artis..kejap jadi brorey marantika, kejap jadi jamal, dan yg paling hangatdia jadi mawi..memang best!!Family nizam nih plak happy jek..nak2 bapak dia..memang kelakar tahap dewa..tabik spring lah pak cik..buat lawak jek kerjanya..panjang jugak aku berborak ngan bapak si nizam nih..dari hal kerja sampai lar ke isu2 sensitif negara[ada ke?]ahaha!

apa yang aku tahu..sebelum balik aku berempat kena tahan kat pintu keluar. aku ingat ada buat salah ke apa..rupanya nak bagi berkat. bukan setakat berkat..kami dapat gak coklat. Banyak plak tuh. Memang best family nizam nih. Kalau pengantin baca..sampaikan salam kat pak cik dan mak cik. Dan untuk korang berdua..semoga berbahagia..keep in touch ya!

sambungan diari ramadhan 4
aku malas nak tido. Takut terlajak. Aku kalau dah tido..memang liat sket nak bangun. ni jek ar tabiat buruk yang aku berjaya kekal kan sejak aku kecik dulu..aku capai gitar dan mulakan petikan. Sambil aku main gitar..aku nyanyi sekali. xsampai 2minit aku tukar lagu..dan macam gitulah untuk 2minit yg seterusnya. dekat sploh minit gak lah. Sebenarnya aku saja buat bising biar adek aku cepat bangun..tapi dia buat xtau jek. Akhirnya aku surrender. Aku letak gitar dan mulakan langkah ke dapur.

nasi, telur ngan kicap..hurmm..ok lar dpd sedara2 kita yg xaman2 kat afganistan tuh kan. Syukur aku..[sedapkan hati sebenarnya nih]lepas makan..pekena rokok sebatang aku terus masuk tido..

02.40 a m

Mukhriz Latif
Senior Photographer
Candid Syndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel : 016-3149596
mukhrizlatif@yahoo.com
http://www.mukhrizlatif.com

YM : warghhhhhhh

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari


Thursday, 20-Sep-2007 01:01 Email | Share | | Bookmark
diari ramadhan 3

my room
20 September 2007
01.20 a.m
sembang kosong

semalam aku lepak sorang2 layan TV lepas housemate aku yg lain dah mulakan pelayaran.Akibat kebosanan yg amat..aku capai hp dan hantar sms pada bunian dan oat-tai[junior CS]..aku mula menekan papan kekunci di hp ku dan menaip "apa barang lepak damansara..lepak wangsa maju ar berani"..tak sampai 2minit stengah, hp aku berbunyi..oat reply msg aku : "ada apa kat wangsa maju?bukan best pon.."aku reply balik dua perkataan jek.."ada aircond" dan terus membuat kan dia ter'bakar'..hahaha..terus dia telefon tanya jalan menuju rumah aku..dan pesanan terakhirnya pada aku sebelum meletak telefon.."ko jangan tido plak!"..aku tengok jam kat dinding rumah sambil menguap.."dah pukul 1 dah..huarghhh"

hp aku berbunyi lagi..aku tengok nama oat terpampang kat screen telefon aku..ingat nak dajal dorang tak nak angkat telefon tuh..tapi bila aku pikir yang dorang datang dpd damansara dan naik motor pinjam malam2 nih..kesian plak aku ..haha..so bila telefon aku berdering buat kali kedua..aku pun angkat..oat bising2..cakap aku tido..lepas bagi direction lebeh kurang..dorang pun jumpa rumah aku lepas aku menjerit2 daripada belakang rumah aku..masa dorang tgh sebuk2 mencari..masa tuh ngam2 aku baru abes menaip diari ramadhan 2..aku ajak dorang masuk dalam lepak..belum sempat aku nak pelawa duduk..dorang terus masuk bilik aku..lagak cam penyiasat CSI jek..aku biarkan jek..sebab aku tau aku takde buat salah apa2 pun..semua sudut bilik diaorang check..bantal..katil..quilt..wardrobe..meja..semua ar..sampai barang atas meja di belek satu persatu..tak cukup bilik..dapur, bilik air dorang check jugak..dalam hati aku.."dorang nih cari bahan bukti kes bunuh ker?aku bukan pembunuh!"..lepas selesai kerja penyiasatan..diaorang join aku lepak kat sofa sambil layan sifoo m.nasir tgh nyanyi lagu sama itu hud2 sambil lompat2 kat TV...aku hidangkan rokok dunhill 14 ngan murtabak serta pulut panggang lebehan buka puasa tadi..

"rumah hang memang tip top ar"..ayat yg keluar dari mulut bunian..aku wat tak tau jek sambil sedut rokok yg dah tinggal setengah tuh..dalam hati aku.."tengok kaki ar"..haha..sebenarnya house mate aku si aji tuh minat ngan interior design..so..keadaan kat umah amat2 diutamakan..dan aku memang bernasib baik dapat housemate cam dia.. kebetulan aku ngan adek aku pon memang minat ngan mende2 nih semua..so..memang ngam ar..apa orang kata?..satu kepala? walaupun hakikatnya kepala kitaorang lain2..ehhe..boleh dikatakan hampir 90% barang kat umah aku daripada ikea..bukan berlagak..tapi keselesaan serta kepuasan..bila balik balik keje..kita yang penat nih mesti nak cari ketenangan..baru stress hilang..kalau rumah kita serabut..makin serabut lah otak kita..

Lepak lebeh kurang aku ajak dorang gi minum kat kedai maju rambo..dekat jek ngan rumah aku..24 jam kedai nih..ala2 NZ..hehehe..dekat pukul 3 aku soh dorang balik..ye lah..malam2 bahaya..dpd rumah aku nak ke rumah dorang jauh gak ar..kang kena culik ke..kena rogol ker..naya jek..dah ar kes2 macam nih sedang pesat kat negara kita nih. Mana lah tau kan..kena plak si oat ngan bunian nih "jambu'..xpasal2 jek..

sebelum tid, aku senyum sorang2..yelah..hasel daripada aku sms oat dan bunian tuh..dan selepas lawatan serta penyiasatan dorang kat rumah aku..aku berjaya buat oat terbakar dan nak kemas rumah dia..nak2 bilik dia..ehhe..so oat..ko dah kemas ke belum?ajak housemate lain gotong roong ok!kehkehkeh..

moral : 'membakar' org adalah salah satu jalan terbaik untuk mereka berubah.


Mukhriz Latif
01.50 a.m



[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net